top of page

Prosedur  Merekabentuk Karya Seni Visual

LANGKAH 1 :

·Memahami matlamat dan meletakkan target awal. (Brainstorming)

·Menulis matlamat atau masalah sebelum membuat sesuatu rekaan.

 

LANGKAH 2 :

·Membuat penyelidikan terhadap subjek yang berkaitan. (Kajian lapangan)

·Mencari maklumat, fotografi dan bahan-bahan sebelum membuat proses rekaan.

·Mencari sumber rujukan dan idea di perpustakaan atau internet. (Pinterest)

·Jadikan sebagai sumber idea dan rujukan tetapi bukan bersifat plagiarism.

 

LANGKAH 3 :

·Membuat lakaran, contengan pantas atau melukis sesuatu dalam masa yang sama berfikir dan memfokus kepada idea yang ingin disampaikan. (Thumbnail Sketches)

·Lakaran tersebut perlu dimulakan dengan peringkat awal penghasilan sehinggalah kepada pemilihan idea dan seterusnya pemilihan rekaan akhir.

·Membuat penilaian terhadap lakaran mengikut nilai-nilai estetik, kreativiti dan inovatif sebelum memilih satu idea sebagai rekaan terakhir.

 

LANGKAH 4 :

·Memilih tiga lakaran terbaik, buat olahan dan seterusnya membuat karya akhir mengikut saiz dan skala sebenar. (Rough Sketches)

·Gunakan elemen dan prinsip rekaan yang tepat dalam proses penghasilan idea.

·Perlu mencuba pelbagai idea, kaedah, teknik, peralatan dan warna.

 

LANGKAH 5 :

·Menggunakan APPS yang sesuai pada tablet/smartphone untuk membolehkan idea dipersembahkan dengan lebih realistik. (Semi Comprehensive)

·Menjadikan karya lebih bersifat asli/original.

·Jenis ilustrasi, fotografi, reka letak dan sebagainya perlulah bersesuaian dengan rekaan yang dibuat.

 

LANGKAH 6 :

·Setelah selesai proses merekabentuk karya akhir menggunakan perisian grafik berkomputer, proses percetakan perlu dijalankan/proses output. (Comprehensive)

·Pemilihan kertas untuk percetakan seperti kanvas atau kertas Coated atau Glossy Paper seharusnya menjadi pilihan, begitu juga jenis percetakan yang harus digunapakai.

bg.png
bottom of page