top of page

Komponen Seni Visual

1. Strategi (Strategy)

2. Konsep  (Concept)

3. Perekaan  (Design)

 4. Kemahiran APPS pada tablet/smartphone/perisian Grafik berkomputer.

1  STRATEGI

·Rekaan perlu relevan dengan mesej yang ingin disampaikan.

·Mempunyai perhubungan antara mesej yang ingin disampaikan dengan audian.

·Mesra dengan penglihatan pengguna.

·Tipografi jelas dan mempunyai ciri-ciri keterbacaan yang tinggi.

·Sentiasa menarik minat untuk melihat.

·Memfokus terhadap mesej utama yang ingin disampaikan.

 

2  KONSEP

·Di bawah logik pemikiran atau sebab bagaimana sesuatu rekaan dicipta.

·Mempunyai sebab untuk apa dilakukan? Imej dan warna yang dipilih serta tipografi yang digunakan.

·Konsep rekaan ialah rangka semua hasil rekaan termasuk kombinasi, susunan visual dan tipografi.

·Reka bentuk bermula dengan konsep visual iaitu merumuskan idea yang kreatif.

·Konsep yang berjaya adalah daripada idea yang kreatif, inovatif, tidak stereotaip atau bersifat kebanyakkan/biasa.

·Membuat penyelidikan, mencari bahan, maklumat dan visual serta memulakan dengan lakaran idea.

·Lakaran/lukisan membantu melengkapkan sesuatu konsep. (Thumbnail Sketches)

 

3  PEREKAAN

·Membuat penyelidikan, mencari bahan, maklumat dan visual serta memulakan dengan lakaran, lukisan membantu melengkapkan sesuatu konsep.

·Mempunyai nilai estetika dan pandangan gaya/style terkini.

·Bersedia membina strategi dan konsep rekaan serta menukarkannya ke dalam komunikasi visual yang jelas dan kreatif.

·Penyelidikan boleh membantu membina idea visual yang menarik semasa proses merekabentuk serta membuat lakaran awal.

·Konsep penerokaan dan pemilihan rekaan perlu dilakukan pada peringkat awal sehingga terhasil suatu rekaan yang berkualiti tinggi.

·Kesemua rekaan perlulah mempunyai penilaian dan ketepatan dalam memperkukuhkan objektif  komunikasi menggunakan visual.

·Idea yang kreatif dan inovatif memberi kesan positif dalam aspek pemgkaryaan dan pemasaran.

bg 2.png
bottom of page